All4One Forum Index
RegisterSearchFAQMemberlistUsergroupsLog in
  Navigation
Forum
Memberlist
FAQ
Search
Recent Topics

  LINKS

No Comment
RO DATABASE
TOPUP UR RO

  Statistics

We have 119 registered users

The newest registered user is eijareen

Our users have posted a total of 27458 articles within 632 topics
 

  Just Shout!

Login to Shout

  Top Posters
admar (4517)
cipanneverdie (3495)
normeck (1440)
Intoxicated (1292)
thief (1204)

Update


APRIL '08

16.04.08 | ZHULINXIAN
19.04.08 | MELSESDETSU
23.04.08 | MELSESDETSU


  Narnia : Prince Caspian
Posted by admar @ Sat May 17, 2008 12:57 am
Best... baru lepas tengok tadi. Masih sama best dengan 1st one... Icon_ro_emote_no1

Comments(10) :: More >> Narnia : Prince Caspian

  RENUNGAN PAGI JUMAAT
Posted by hakim @ Fri May 16, 2008 8:30 am
DAH DEKAT DAH...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana-mana ada perkara macam ni. dah tak tahu malu lagi. kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.



3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjid cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjid tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjid mana paling canggih... cantik...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang nak carik anak...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ni pun tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga.



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....



Cool Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukup la... tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar 'lurah aku', 'betapa besar pinggul aku', 'betapa ramping badan ku'... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampak la kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu ......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....
TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:



'Sampaikanlah pesanku biarpun...
1 ayat...'

Comments(2) :: More >> RENUNGAN PAGI JUMAAT

  Ber"COUPLE" sebelum kahwin??
Posted by masterpiece @ Fri May 16, 2008 12:14 am
Petikan dari persoalan yang diutarakan oleh seseorang kepada Ustaz Zamri dalam laman web www.ustaz-zamri.com

SOALAN:
assalamualaikum ustaz..


saya nak tanye satu soalan..apakah hukum bercinta dalam islam? maksud saya bercinta sebelum kahwin..seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi x melanggar batas2 syariat..sbb cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin x boleh..menggunakan hujah

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)"(Al-isra : 32).

Kalo difikirkan..bercinta sebelum kawin mendatangkan banyak cabaran..dan mudah melalaikan seseorang. ape pandangan ustaz?

JAWAPAN:CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”. Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua. Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin.

Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya. Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu.

Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak. Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina. Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya.

Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut. Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.

p/s : kita renungkan bersama..

leave some comment plzz

Comments(6) :: More >> Ber"COUPLE" sebelum kahwin??

  pakej terbaru +10 v.jur pheronie+hydra+hydra+skel
Posted by joe@black @ Thu May 15, 2008 10:48 pm
pakej terkini dan sensasi +10 v.jur pheronie,hydra,hydra,skel + +10 firelock boots + +10 ghostring silk robe rm850 sahaja. mari mari offer

Comments(5) :: More >> pakej terbaru +10 v.jur pheronie+hydra+hydra+skel

  Welcome Guest

The time now is Sat May 17, 2008 11:37 pm

All times are GMT + 8 Hours

  Log in
Username:

Password:

 Remember me


I forgot my password

Don't have an account yet?
You can register for free!
 
  Notice

Tempat ke-3 RO PVP Competition

  Who is Online

In total there are 4 users online :: 2 Members (1 are Hidden) and 2 Guests

Members online: SafwanMaX

[ View complete list ]

Most users ever online was 73 on Fri Jan 12, 2007 8:41 pm

13 users online today: admar, Hidaiz, Intoxicated, kenshin05, masterpiece, msiajoe, Oxer, SafwanMaX, Sendura, Shumihaza, thief, (2 hidden)


  Recent Posts
Aper pada Desktop anda?
  by SafwanMaX
  on Sat May 17, 2008 11:31 pm

Narnia : Prince Caspian
  by Oxer
  on Sat May 17, 2008 10:49 pm

Kepentingan Keputusan Pilihanraya Umum
  by msiajoe
  on Sat May 17, 2008 6:27 pm

RENUNGAN PAGI JUMAAT
  by msiajoe
  on Sat May 17, 2008 6:11 pm

2nd Gathering
  by kenshin05
  on Sat May 17, 2008 5:56 pm

[movie] Ironman and speedracer
  by Oxer
  on Sat May 17, 2008 3:58 pm

Soccer
  by admar
  on Sat May 17, 2008 3:36 pm

Jual Suma ID!!! Mai La Beli
  by sakura
  on Sat May 17, 2008 11:23 am

Youtube dan anda...
  by admar
  on Sat May 17, 2008 1:00 am

pakej terbaru +10 v.jur pheronie+hydra+hydra+skel
  by blazzing
  on Sat May 17, 2008 12:49 am

pakej baru murah dah berkualiti
  by hakim
  on Fri May 16, 2008 5:29 pm

Ber"COUPLE" sebelum kahwin??
  by masterpiece
  on Fri May 16, 2008 3:23 pm

[movie] DRAGON BALL IN 2009???
  by SafwanMaX
  on Fri May 16, 2008 1:33 am

[B] gargoyle card, orc baby card, iron fist card
  by Oxer
  on Wed May 14, 2008 1:18 am

Siapa cakap budak2 tak boleh???
  by meme
  on Tue May 13, 2008 9:47 pm

koleksi citer korang.. marilah berkongsi~ sedey.. hepi.. etc
  by meme
  on Tue May 13, 2008 9:26 pm

Subject: PETROL...price control...Meh kita ramai2 kempen
  by meme
  on Tue May 13, 2008 2:26 pm

[B] n [S] Oxy
  by Oxer
  on Sun May 11, 2008 2:10 pm

PayPal
  by admar
  on Sun May 11, 2008 1:37 am

Final Heaven Company
  by meme
  on Fri May 09, 2008 8:45 am


  Web Search
Google




Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Design by Freestyle XL / Flowers Online.


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




1000034