All4One Forum Index
RegisterSearchFAQMemberlistUsergroupsLog in
Home | Forum

Ber"COUPLE" sebelum kahwin??

 
Reply to topic    All4One Forum Index » Love View previous topic
View next topic
Ber"COUPLE" sebelum kahwin??
Author Message
masterpiece
Active Members


Joined: 21 Jul 2007
Posts: 546
Contribution: 0

Location: alam fana

Post Ber"COUPLE" sebelum kahwin?? Reply with quote
Petikan dari persoalan yang diutarakan oleh seseorang kepada Ustaz Zamri dalam laman web www.ustaz-zamri.com

SOALAN:
assalamualaikum ustaz..


saya nak tanye satu soalan..apakah hukum bercinta dalam islam? maksud saya bercinta sebelum kahwin..seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi x melanggar batas2 syariat..sbb cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin x boleh..menggunakan hujah

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)"(Al-isra : 32).

Kalo difikirkan..bercinta sebelum kawin mendatangkan banyak cabaran..dan mudah melalaikan seseorang. ape pandangan ustaz?

JAWAPAN:CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”. Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua. Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin.

Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya. Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu.

Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak. Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina. Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya.

Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut. Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.

p/s : kita renungkan bersama..

leave some comment plzz

_________________
Fri May 16, 2008 12:14 am View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Oxer
Active Members


Joined: 23 Mar 2007
Posts: 1033
Contribution: 0

Location: E~Poh PayRock

Post Reply with quote
Aram panjang buat rumusan skit aku baru baca 1 perengan dah ngantok Icon_ro_emote_swt

_________________
Fri May 16, 2008 1:24 am View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
SafwanMaX
Active Members


Joined: 02 Sep 2006
Posts: 652
Contribution: 0

Location: ipoh, perak

Post Reply with quote
aku sokong 100%...

berkenalan sblom kawin... bukan bercinta...

buahahaha... kenal xpe cinta jgn... hohoho...

cinta membawa ke arah durjana~* (dah kawin lain citer)

_________________



Fri May 16, 2008 1:30 am View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
masterpiece
Active Members


Joined: 21 Jul 2007
Posts: 546
Contribution: 0

Location: alam fana

Post Reply with quote
Oxer wrote:
Aram panjang buat rumusan skit aku baru baca 1 perengan dah ngantok Icon_ro_emote_swt


x bleh.. kalo buat rumusan nnt die jadi lg panjang.. siap bleh buat buku.. Icon_ro_emote_gg Icon_ro_emote_gg Icon_ro_emote_gg

_________________
Fri May 16, 2008 7:21 am View user's profile Send private message Yahoo Messenger
msiajoe
Active Members


Joined: 14 Aug 2006
Posts: 248
Contribution: 0


Post Reply with quote
Aku ade bepa soalan ttg ni:

1) mcm ne nak kahwin kalu tarak cinta? Lepas kahwin br cinte?
2) Kalu pas kahwin br perasan x leh cinte pasangan yg dipilih tu mcm ne? Terpaksa dok dgn die sampai tua walaupon sengsara dlm jiwa arian? Tarak cinte, tarak perfahaman & tak leh nikmati idup kahwin.... seks pon terpaksa sbb nak anak, cam mesin membiak.
3) ber'couple' mesti bt benda2 lucah? Kalu persahabatan je x leh?

Rolling Eyes

_________________
Apom Balik Panas sedap

sapu Oxer Chobit yg gemok padat

Icon_ro_emote_gg
Fri May 16, 2008 12:35 pm View user's profile Send private message Yahoo Messenger
SafwanMaX
Active Members


Joined: 02 Sep 2006
Posts: 652
Contribution: 0

Location: ipoh, perak

Post Reply with quote
persahabatan je xleh??

lol, betul lah tu.. bersahabat sama cam berkenalan lah....

bila dah kenal.. baru kita tau sama ada bleh bercinta dgn nya atau tidak...

erk.. malas lah pikir.. janji aku hidup bahagia... cinta tolak tepi dulu Icon_ro_emote_pif

study study.. gogogo..!!!!

_________________



Fri May 16, 2008 2:33 pm View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
masterpiece
Active Members


Joined: 21 Jul 2007
Posts: 546
Contribution: 0

Location: alam fana

Post Reply with quote
jawapan tuk soklan 1&2
aku rujuk kat sini..

Quote:
pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin.


kenal pasangan kite dulu sblm kawen.. tgk sesuai ke x tuk jd pasangan hidup.. bkn cinta je..

jawapan soklan 2..

erm.. no comment.. sendiri boleh lihat la..

_________________
Fri May 16, 2008 3:23 pm View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:    
Reply to topic    All4One Forum Index » Love All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to: 
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Design by Freestyle XL / Flowers Online.


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




1092092